OUhh ;)

Monday, November 22, 2010

Ustazah Akma DErahman


USTAZAH,
JASAMU DIKENANG... Setelah 3 bulan kita bersamaterlalu banyak kenangan pahit manis diukir bersama.Ustazah Akma..ustazah sabar dengan kerenah kami yang pelbagai ragam ini.Kami warga pmr 1delta ingin memohon maaf jika selama ini kami telah mengguris hati ustazah dan memohon keberkatan daripada ustazah...KaMI juga mendoakan kejayaan ustazah di luar sana..Study elop2..be a good ustazah!!!..

SIAPALAH USTAZAH…



USTAZAH ibarat sang mentari,

Hilang dicari hadirnya ceria jati diri.



USTAZAH ibarat lampu elektrik,

Mengajar mendidik tanpa serik.



USTAZAH ibarat segores cahaya,

Memberi sinar hidup berjaya.



USTAZAH ibarat setitik peluh mencium bumi,

Bakti dicurah sewajarnya dikagumi.



USTAZAH ibarat emas berlian,

Nama harum jadi pujian.



USTAZAH ibarat sesudu gula,

Kemanisannya diingati sampai bila-bila.



USTAZAH ibarat setitik air di lautan,

Sabar gigih membina kekuatan.



USTAZAH ibarat sang bulan,

Tempat merujuk menjadi taulan.



USTAZAH ibarat intan permata,

Sinarnya terserlah merta-rata.



USTAZAH ibarat lilin membakar diri,

Terkorban tanpa disedari.



USTAZAH ibarat sebutir bintang berkelipan,

Tegur nasihatnya demi masa hadapan.



USTAZAH ibarat ibu bapa,

Sayang sekali pergorbanannya sering dilupa.



USTAZAH ibarat tongkat si buta,

Beban berat masih dinista.



USTAZAH ibarat sebuah pelita,

Cahayanya samar sering dicaci dikata.



USTAZAH ibarat duri berbisa,

Pelajar berasa tidak selesa.



USTAZAH ibarat raja, pelajar umpama rakyat,

Mencorak kata, menyimpul frasa, terbina ayat.

kami sayang ustazah~!!

No comments: